my bro (s) !

Saturday, September 22, 2012

LIFE

Hidup? Jangan sesekali pernah cakap yang kita arif pasal hidup ni. Banyak lagi yang tersirat di sebalik kejadian yang kita tk thu. Sometimes, kita takut nak lalui hidup ni. Pahit. Pedih. Tapi apa yang boleh kita buat. Cuma hadapi. Redah . Tak kesah pahit macam mana pun.
 Bagi aku, hidup ni macam drama yng pelbgai gendre. Seram, komedi,romantik dan hitler. Dan kita adalah pelakon utama. Sememangnya kita hebat sebab berlakon tanpa skrip yang bertulis. Tanpa menghafz stu lfz kata pun. Hebat kan ?
 Kadang kadang kita menyesal apa yang kita dah buat. Menyesal sangat. Rasa waktu tu bodoh sangat. Bodoh. Tapi pernah ke kita terfikir. Apa yang kita buat guna akal kita. Akal yang diberi untuk berfikir. Sebelum buat benda tu, adakah otak kita berhenti berfungsi. Atau kewarasan itu hilang sementara. Tak kan? Naluri itu penting. Jangan ikut nafsu. Marah, ego , benci itu semua sebab nafsu. Nafsu yang sememangnya ada dalam diri kita dan tak mungkin akan hilang macam tu je.
 Aku manusia. Aku banyak buat silap. Sebab aku lupa. Kita semua lupa. Asal usul kita. Dari mana kita hadir. Sebab apa kita dihadirkan. Aku takut dengan hidup aku. Aku takut nak lalui hidup aku. Sepanjang 16 tahun aku hidup, banyak benda yang aku hadapi. Ada yang manis.ada yang pahit. Kadang kadang aku tak sanggup nak hadapi semua.mungkin takdir dah ditentukan yang esa.
 Tapi sebab apa aku kuat? Sebab aku ada kawan. Aku ada satu keluarga besar kat maktab tu.Nak ayah ibu. Aku ada cikgu cikgu. Nak abang atau kakak. Aku ada form 5. Nak adik. Aku ada form 1,2 dan 3.tak kesah lah mereka tak kesah, aku kesah. Sebab apa aku kesah? Aku anggap mereka sebagai keluarga. sebab aku sayang korang . Tak semua yang aku nak boleh dapat. Semua benda perlu pengorbanan. Perlu masa, tenaga dan hati. Susah la kalau kita bertindak macam orang tak siuman. Tak tahu mana yang sebaiknya. Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, kerana Allah telah aturkan yang terbaik untuk umatnya.
 Sejujurnya, aku pun jahat. Aku buat benda bukan bukan. Sampai satu masa, aku kena berubah.aku tak perlukan perhatian orang. Cukuplah secebis sayang dari korang semua. Moga Allah ampunkan kita semua.Ya Allah, berilah kami sebuah kesudahan yang baik. amin ya rabbal. Ingat, Allah itu Maha Besar. Jika ada sesuatu yang ingin dihajatkan, tadahlah tanganmu untuk memohon satu doa kepadaNya. Inilah hidupku. Penuh dengan pancaroba. Moga kita bertemu di JANNAH. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment