its started when me and you in form 1. aku ingat lagi. masa minggu aktiviti. kita ada gathering homeroom koperatif. masa tu aku tak kenal ramai orang. sebab saya pemalu -- haha saya topaz A, awak emerald B. ditugaskan untuk membuat persembahan koir . masa tu la aku mula suka kat dia. kelembutan dia , buat aku tertarik. tiada siapa tahu rahsia ni. setiap hari, aku mesti masuk kelas dia nak melihat apa yang dia buat. aku juga pernah kacau dia guna macam macam number.
sampai satu hari, tembelang ku pecah. aku ingat lagi time tu masa TRIAL MARA PMR kita. Hafiz panggil dia. cakap aku suka dia. Ceh, rasa lawak pula bila fikir balik. sejak tu , aku mula malu dengan dia. tapi malangnya nasib diriku, dia ada orang lain. dia dengan seorang abang form 5 . sejujurnya aku putus asa. sejak tu, aku tak endah pasal dia. sebab dia dah ada orang yang care. aku tak perlu risau. dia berhak dapa yang terbaik.
okay bila dah masuk form 4. aku rasa lain. setiap kali aku jumpa dia. rasa macam perasaan lama tu datang balik. aku biarkan je. malas nak peduli. sampai satu hari, aku ditakdirkan untuk satu group dengan dia untuk KIKS. semua orang duduk sibuk menganjing . kenakan aku dengan dia. aku terima.rasa sayang tu masih ada.
aku dah penat mencuba. banyak kali aku luahkan perasaan aku dekat dia. tapi macam macam alasan yang diterima. aku jadi sangat takut.walauapapun aku sayang dia, dan selalu care pasal dia. apa dia buat. aku tak nak dia susah pun. pernah sekali tu, barisan nak beli keropok lekor panjang. panjang sangat. aku tak tahu kenapa time tu aku macam marah gila kat diri aku. apa guna kita biarkan orang kita sayang susah. aku pun belikan keropok lekor dan bagi dia. waktu tu bagi pun dengan muka marah.
setiap hari, aku suka tengok muka kau. lagi lagi kita kelas seberang. aku tak rabun jadi aku boleh lah tgok dari jauh. kita pun selalu text. aku bahagia setiap kali kita text. haha tapi sampai sekarang aku tak tahu kita ni apa sebenarnya. kawan atau lebih dari tu.
baru baru ni, time majlis restu. aku tak tahu kenapa aku cemburu sangat bila kau cakap dengan dia, entah lah. orang selalu komen pasal aku dengan kau. aku pun tak tahu lah. ramai yang kata. kata ada jodoh. tak kemana . InsyaAllah.
FYI, I LOVE YOU AND WILL ALWAYS CARE ABOUT YOU.
FYI, I LOVE YOU AND WILL ALWAYS CARE ABOUT YOU.
No comments:
Post a Comment